MB Kelantan nasihat penduduk segera pindah jika diarahkan

Ahmad menanam pokok sempena Program Penghijauan Malaysia Melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok Bagi Negeri Kelantan di Kota Bharu pada Isnin.
Ahmad menanam pokok sempena Program Penghijauan Malaysia Melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok Bagi Negeri Kelantan di Kota Bharu pada Isnin.
A
A
A

KOTA BHARU - Penduduk yang tinggal di kawasan berisiko ditenggelami banjir di Kelantan dinasihatkan untuk mematuhi arahan pihak berkuasa sekiranya mereka diarahkan berpindah.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, kepatuhan dan bertindak dengan segera sangat penting bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku dan menimbulkan kekesalan.

Menurutnya, sewajarnya penduduk tidak sesekali mengambil sikap yakin yang merasakan kawasan di kediaman mereka masih selamat untuk didiami.

"Sekiranya diminta berpindah, pindahlah. Kalau diarahkan tutup kedai, tutuplah. Jangan ambil satu sikap rasa selamat.

“Kita tidak boleh nak jangka arus air deras atau tidak, boleh berlaku bila-bila masa," katanya kepada pemberita di Kompleks Kota Darulnaim di sini pada Isnin.

Terdahulu, beliau menyempurnakan Program Penghijauan Malaysia Melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok Bagi Negeri Kelantan.

Sementara itu, Ahmad berkata, bagi membantu mangsa banjir, kerajaan negeri telah memperuntukkan RM50,000 yang disalurkan kepada pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan yang terjejas untuk diagihkan dengan segera.

Dalam perkembangan sama, Ahmad juga menekankan supaya semua agensi yang terlibat termasuk mangsa banjir itu sendiri mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan bagi mengelak penularan wabak Covid-19 di Kelantan ketika musim tengkujuh ini.

Artikel Berkaitan:

Berdasarkan pemerhatiannya, katanya, agensi terlibat banyak memainkan peranan dalam memberikan kesedaran kepada masyarakat untuk berhati-hati bagi memutuskan rantaian

Covid-19.