i-Sinar: Sebahagian pencarum diarahkan pulang

Kebanyakan pencarum yang hadir di KWSP Alor Setar hari ini adalah untuk mendaftar i-Akaun bagi memudahkan permohonan i-Sinar.
Kebanyakan pencarum yang hadir di KWSP Alor Setar hari ini adalah untuk mendaftar i-Akaun bagi memudahkan permohonan i-Sinar.
A
A
A

ALOR SETAR - Pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) cawangan Alor Setar di sini diserbu orang ramai untuk urusan pendaftaran i-Akaun sehingga menyebabkan sebahagian daripada mereka diminta pulang.

Tinjauan Sinar Harian pada jam 2 petang tadi mendapati hanya mereka yang mendapat nombor giliran sahaja dibenarkan masuk berurusan dalam pejabat.

Seorang pengunjung, Aminah Ismail, 40, berkata, dia hadir ke pejabat KWSP hari ini bagi mengaktifkan i-Akaun sebelum membuat permohonan secara dalam talian.

"Ingatkan datang waktu sekarang orang tak ramai. Rupanya nombor giliran pun dah habis. Pengawal keselamatan suruh datang semula esok pagi," katanya yang merupakan seorang suri rumah sejak tahun 2006.

Aminah
Aminah

ARTIKEL BERKAITAN: Permohonan i-Sinar dibuka hari ini

KWSP Jalan Raja Laut sesak

Elya tular di laman sosial

Artikel Berkaitan:

Urusan di KWSP bersistematik, orang ramai puas hati

Seorang lagi pengunjung, Nor Azlin Hambali, 34, berkata, dia hadir bersama suaminya untuk mendapatkan penjelasan mengenai statusnya sama ada layak atau sebaliknya bagi memohon i-Sinar untuk kategori satu.

"Saya merupakan seorang suri rumah sejak beberapa tahun lalu, tetapi ada beberapa kemusykilan yang timbul. Jadi saya ambil keputusan untuk datang bertanya sendiri di kaunter.

"Kalau layak, saya boleh terus mohon secara dalam talian. Tapi tengok hari ini ramai sangat orang dan ada yang diarahkan pulang sebab tidak dibenarkan masuk," katanya yang berasal daripada Simpang 4 Kangkong di sini.

Nor Azlin
Nor Azlin

Sementara itu, seorang pengawal keselamatan yang enggan dikenali berkata, mereka yang tidak mendapat nombor giliran diminta hadir semula pada jam 8.30 esok.

Pencarum yang hadir juga diberikan kertas panduan mengenai cara memohon i-Sinar secara dalam talian untuk memudahkan mereka.

 Hanya mereka yang mendapat nombor giliran sahaja dibenarkan masuk berurusan di pejabat KWSP Alor Setar manakala selebihnya diarahkan pulang.
Hanya mereka yang mendapat nombor giliran sahaja dibenarkan masuk berurusan di pejabat KWSP Alor Setar manakala selebihnya diarahkan pulang.