Kapal asing bersauh tanpa kebenaran ditahan

Maritim Malaysia menahan sebuah kapal tangki asing kerana berlabuh tanpa kebenaran pada kedudukan 11.3 batu nautika Tanjung Penawar, Kota Tinggi, pada Ahad.
Maritim Malaysia menahan sebuah kapal tangki asing kerana berlabuh tanpa kebenaran pada kedudukan 11.3 batu nautika Tanjung Penawar, Kota Tinggi, pada Ahad.
A
A
A

KOTA TINGGI - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Sedili menahan sebuah kapal tangki yang bersauh tanpa kebenaran pada kedudukan 11.3 batu nautika timur Tanjung Penawar dekat sini pada Ahad.

Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili, Kepten Maritim Mohamad Sulhan Zainon berkata, penahanan tersebut dilakukan pada jam 1 petang semasa kapal ronda APMM melaksanakan operasi dan rondaan harian.

"Pemeriksaan awal ke atas kapal yang berdaftar di negara St Kitts & Nevis, Basetterre itu dikendalikan 10 kru lelaki termasuk nakhoda yang berusia dari 24 hingga 55 tahun terdiri daripada warga Myanmar, Filipina serta Bangladesh.

"Nakhoda kapal tersebut gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran bersauh dan disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 491B(1)(l) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana bersauh tanpa kebenaran Pengarah Jabatan Laut Malaysia," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Maritim Malaysia menahan sebuah kapal tangki asing kerana berlabuh tanpa kebenaran pada kedudukan 11.3 batu nautika Tanjung Penawar, Kota Tinggi, pada Ahad.
Maritim Malaysia menahan sebuah kapal tangki asing kerana berlabuh tanpa kebenaran pada kedudukan 11.3 batu nautika Tanjung Penawar, Kota Tinggi, pada Ahad.

Menurutnya, perintah penahanan ke atas kapal tersebut dikeluarkan dan dua kru kapal berkenaan dibawa ke Pejabat Zon Maritim Tanjung Sedili untuk siasatan lanjut.

Artikel Berkaitan: