'Saya sangka kayu balak hanyut di seberang sungai'

Bot yang ditemui terbalik dalam kejadian tersebut.
Bot yang ditemui terbalik dalam kejadian tersebut.
A
A
A

JERANTUT - Tiga kakitangan Klinik Kesihatan (KK) Kampung Bantal mungkin boleh dianggap bernasib baik susulan kejadian bot mereka naiki terbalik di Sungai Tembeling disedari oleh penduduk kampung yang kemudian dengan pantas memberikan bantuan.

Hamdan Ali
Hamdan Ali

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung (JKKK) Kampung Bantal, Hamdan Ali kebetulan menyaksikan insiden tersebut yang nyaris menyebabkan tiga kakitangan berkenaan ditimpa malang selepas bot dinaiki mereka terbalik dan dihanyutkan arus deras akibat terlanggar batang pokok hanyut dalam kejadian pada Ahad.

"Saya sangka kayu balak hanyut di seberang sungai tetapi saya rasa tidak sedap hati lalu ajak anak saya lihat lebih dekat. Rupanya bot terbalik dan saya terus panggil penduduk kampung yang lain untuk membantu mereka. Seramai 20 orang penduduk kampung kemudian datang membantu mereka," katanya.

 Penduduk kampung yang membantu menyelamatkan tiga petugas KK Kampung Bantal
Penduduk kampung yang membantu menyelamatkan tiga petugas KK Kampung Bantal

Dalam kejadian kira-kira jam 2.20 petang itu, tiga kakitangan berkenaan sedang dalam perjalanan dari Kampung Bantal menuju ke Bukit Mat Daling untuk mengambil pesakit sebelum bot mereka difahamkan terbalik bagaimanapun mereka semua selamat serta tidak cedera.

Difahamkan semua mangsa sempat berpaut pada dahan pokok di tebing sungai manakala bot itu hanyut kira-kira satu kilometer sebelum mereka diselamatkan oleh penduduk kampung.

ARTIKEL BERKAITAN: Insiden bot karam: PM ucap terima kasih

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, ujar Hamdan, dia menghargai penghargaan yang diberikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada penduduk kampung tersebut di atas jasa mereka membantu dan menyelamatkan kakitangan KKM dalam kejadian itu, di Facebook KKM pada malam tadi.