X

Kindly register in order to view this article
!

10 kematian akibat denggi di Negeri Sembilan

Foto 123RF
A
A

SEREMBAN - Satu lagi kematian akibat demam denggi dicatatkan berlaku di Negeri Sembilan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 10 kematian sehingga 9 Disember lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S Veerapan berkata, pertambahan kes kematian denggi dilaporkan berlaku di daerah Rembau menjadikan kumulatif kematian denggi bertambah menjadi 10 kes.

Katanya, bagi bilangan kes denggi yang direkodkan pada minggu ke-51 (13 hingga 19 Disember 2020) adalah sebanyak 21 kes.

"Kumulatif kes denggi yang didaftarkan di Negeri Sembilan pada minggu 51 adalah sebanyak 2,858 kes, berbanding 2,254 kes sehingga minggu sama tahun 2019.

"Ini menunjukkan terdapat peningkatan kes sebanyak 27 peratus berbanding tempoh sama pada tahun 2019.

"Taburan kumulatif kes denggi di Negeri Sembilan pada tahun ini adalah sebanyak 2,441 kes di daerah Seremban, 98 kes di daerah Tampin, Port Dickson (90), Jempol (80), Rembau (69), Jelebu (54), dan Kuala Pilah (25)," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, kumulatif lokaliti wabak yang masih aktif ialah sebanyak empat lokaliti wabak, kesemuanya di daerah Seremban.

Katanya, aktiviti pencegahan dan kawalan akan diteruskan walaupun Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilanjutkan sehingga 31 Disember ini.

Beliau berkata, pencegahan dibuat melalui aktiviti cari dan musnah tempat pembiakan aedes di premis kediaman serta kawasan persekitaran, aktiviti larviciding, semburan pengasapan termasuk promosi kesihatan.

"Masyarakat digalakkan untuk melaksanakan pembersihan kawasan premis masing-masing 10 minit setiap minggu dengan menghapuskan tempat-tempat atau bekas-bekas yang berpotensi bagi pembiakan nyamuk aedes sekali gus dapat mengekang penularan demam denggi," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Demam denggi terus meningkat di Negeri Sembilan

Kes demam denggi di Negeri Sembilan terus meningkat

2,790 kes demam denggi di Negeri Sembilan


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!