Dua senator angkat sumpah hari ini

Senator Jaziri Alkaf Abdillah Suffian (kiri) beramah mesra bersama Senator Datuk Wira Koh Nai Kwong selepas mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 Persidangan Dewan Negara di Bangunan Parlimen hari ini.

A
A
A

KUALA LUMPUR - Dua Ahli Dewan Negara mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim pada Ahad.

Mereka ialah Datuk Wira Koh Nai Kwong yang merupakan pilihan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dan Jaziri Alkaf Abdillah Suffian pula adalah lantikan Yang di-Pertuan Agong.

Nai Kwong, 59, adalah bekas Ahli Parlimen Alor Gajah yang juga Timbalan Pengerusi MCA Melaka manakala Jaziri, 42, adalah Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sarawak.

Kedua-duanya mengangkat sumpah sebagai senator pada majlis yang berlangsung di Dewan Negara di sini.

Senator Datuk Wira Koh Nai Kwong mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 Persidangan Dewan Negara di Bangunan Parlimen hari ini.
Senator Datuk Wira Koh Nai Kwong mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 Persidangan Dewan Negara di Bangunan Parlimen hari ini.

Rais ketika berucap mengalu-alukan pelantikan itu mahu Koh dan Jaziri menterjemahkan pengalaman serta profesionalisme masing-masing bukan sahaja ketika sesi persidangan malah meliputi semua aspek bersesuaian dengan kedudukan Dewan Negara selaku badan legislatif tertinggi negara.

“Kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, tanggungjawab sebagai Ahli Senat mesti dilunaskan sebaik mungkin.

“Jalur pemikiran hendaklah diketengahkan secara tuntas, berwibawa serta intelektual mewakili semua suara kelompok rakyat sama ada negeri, kumpulan minoriti termasuk Orang Asli mahupun badan bukan kerajaan (NGO) tanpa ada yang tercicir,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Senator Jaziri Alkaf Abdillah Suffian mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 Persidangan Dewan Negara di Bangunan Parlimen hari ini.
Senator Jaziri Alkaf Abdillah Suffian mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 Persidangan Dewan Negara di Bangunan Parlimen hari ini.

Rais turut memaklumkan mengenai peranan Jawatankuasa Bersama Kesejahteraan Rakyat yang ditubuhkan pada 10 Disember lalu sebagai peringatan kepada para senator untuk menjalankan tugas mengatasi kepentingan parti.

“Jawatankuasa menjadi medan penggemblengan idea, tenaga dan kepakaran bagi memastikan kebajikan rakyat yang hubung kaitnya menyentuh soal kepentingan negara dapat dilunaskan,” kata Rais.

Justeru, Rais mengalu-alukan semua ahli jawatankuasa yang terdiri daripada Ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Negara untuk menjadikan jawatankuasa itu sebagai platform membincangkan pelbagai isu mengenai kepentingan rakyat.

“Besarlah harapan agar isu-isu berkepentingan rakyat disambut oleh semua Ahli Yang Berhormat, bukan sahaja dalam sesi perbahasan di Dewan, tetapi juga disalurkan sama melalui jawatankuasa ini kelak,” katanya. - Bernama