Ini mungkin takkan terjadi: Dayang

Penyanyi, Dayang Nurfaizah
A
A

PENYANYI popular, Dayang Nurfaizah, meluahkan rasa terharu apabila menerima sokongan berterusan daripada peminat sejak awal melibatkan dalam diri dalam bidang seni sehinggalah ke hari ini.

Menurut pelantun Dayang Sayang Kamu ini, tanpa peminat setia di sisi, dia tidak akan sampai ke tahap hari ini.

“Dayang pun macam tak percaya, diam tak diam dah masuk 20 tahun dalam industri.

"Alhamdulillah dalam pada jatuh bangun sebagai anak seni, hari ini Dayang masih lagi ada di sini.

“Ini mungkin tidak akan terjadi tanpa sokongan berterusan daripada peminat yang sentiasa bersama Dayang dari dulu sehinggalah ke hari ini.

“Dayang bersyukur sangat dengan apa yang ada sekarang dan mengharapkan agar Dayang dapat memberikan yang terbaik sebagai tanda penghargaan buat peminat dan mereka yang sentiasa ada bersama Dayang,” ujarnya yang kini sudah memasuki tahun ke-20 dalam arena hiburan.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia