Keputusan kes rasuah RM2 juta Ku Nan hari ini

Tengku Adnan tiba di mahkamah pada jam 8.55 pagi tadi.
Tengku Adnan tiba di mahkamah pada jam 8.55 pagi tadi.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor tiba di Mahkamah Tinggi di sini jam 8.55 pagi tadi.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Ku Nan hadir di dengan memakai kemeja kotak berwarna kelabu bersama pengikutnya.

Hari ini, Mahkamah Tinggi akan membuat keputusan sama ada beliau dibebaskan atau didapati bersalah atas pertuduhan menerima rasuah RM2 juta.

Terdahulu pihak media telah berada lobi mahkamah sejak jam 7.30 pagi.

Mengikut pertuduhan, Ku Nan, 69, didakwa dalam kapasitinya sebagai seorang penjawat awam iaitu Menteri Wilayah Persekutuan telah menerima untuk dirinya wang berjumlah RM2 juta.

Wang itu daripada ahli perniagaan, Tan Sri Chai Kin Kong yang juga Pengarah AKSB melalui cek Hong Leong Islamic Bank milik AKSB yang telah didepositkan ke dalam akaun bank CIMB milik Tadmansori Holdings Sdn. Bhd. (THSB) yang beliau mempunyai kepentingan, yang diketahui syarikat AKSB ada perhubungan dengan kerja-kerja rasminya.

Bendahari UMNO itu didakwa melakukan perbuatan itu di CIMB Bank Berhad, Cawangan Pusat Bandar Damansara di sini pada 14 Jun 2016.

Ahli Parlimen Putrajaya itu didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Artikel Berkaitan:

Pasukan pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Julia Ibrahim manakala peguam Datuk Tan Hock Chuan mengetuai pasukan pembelaan.