X

Kindly register in order to view this article
!

Gajah liar buat 'onar' ditangkap

Gajah liar seberat dua tan (tengah) berjaya ditangkap Perhilitan Kelantan selepas membuat 'onar' dan merosakkan tanaman penduduk di Kampung Kalai, Batu Melintang, Jeli.
A
A

JELI - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan berjaya menangkap seekor gajah jantan liar yang membuat 'onar' dan merosakkan tanaman penduduk di Kampung Kalai, Batu Melintang semalam.

Gajah liar berusia 20 tahun dan seberat dua tan itu ditangkap pada jam 2 petang di sebuah kebun getah berhampiran kampung terbabit.

Bagaimanapun, gajah jantan yang mempunyai gading itu selamat dipindahkan ke Kompleks Taman Negara hasil kerjasama erat antara kakitangan Perhilitan dan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah, Pahang.

Pengarah Perhilitan Kelantan, Ady Ermanty Haniff Mohamed Hanif berkata, kerja-kerja pemindahan gajah itu bermula pada jam 8.30 pagi dan tamat sepenuhnya sekitar 2 petang.

"Hidupan liar ini merupakan salah seekor daripada kumpulan gajah liar yang berada di Hutan Simpan Gunung Basor," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, penangkapan hidupan liar itu pastinya memberikan kelegaan kepada penduduk setempat termasuklah dari Kampung Lalat dan Gunong Reng.

Beliau berkata, hasil siasatan yang dijalankan, Perhilitan Kelantan menganggarkan sebanyak RM106,550 tanaman milik penduduk telah dimusnahkan oleh kumpulan gajah berkenaan.

Ady Ermanty Haniff berkata, ia melibatkan tanaman pertanian seperti getah, kelapa sawit dan pisang.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!