'Bendera ini mewakili korban Covid-19'

Reilly (gambar kecil) berharap 'seni visual' itu akan memberi kesan kepada komuniti sekitar.
Reilly (gambar kecil) berharap 'seni visual' itu akan memberi kesan kepada komuniti sekitar.
A
A
A

AUSTIN - Seorang lelaki di Amerika Syarikat (AS) sanggup 'menghias' halaman rumahnya dengan lebih 25,000 bendera kecil mewakili satu kematian akibat Covid-19 demi untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang bahaya wabak itu.

Shane Reilly dari Texas berkata, idea itu tercetus selepas dia melihat komuniti sekitar seakan tidak memandang serius terhadap ancaman pandemik tersebut berikutan ramai yang tidak mematuhi garis panduan penjarakkan fizikal, mengelakkan pertemuan sosial dan memakai pelitup muka.

Menurutnya, antara faktor lain beliau juga bimbang dengan keadaan anak lelakinya berusia 17 tahun yang berisiko tinggi mengalami keadaan yang serius jika dijangkiti virus tersebut.

"Kebanyakan penduduk setempat melakukan aktiviti harian seperti biasa walaupun pada masa itu jumlah kematian di Texas meningkat kepada kira-kira 800 orang," ujarnya yang mempunyai latar belakang sebagai artis seni.

Jelasnya lagi, dia percaya 'seni visual' seperti itu akan memberi kesan kepada komuniti.

"Bendera kecil itu seperti satu peringatan kepada mereka supaya mengikut peraturan ditetapkan supaya dapat mengelakkan keadaan menjadi lebih buruk," tambahnya yang turut menerima dana dan surat daripada individu yang menyokong usahanya.

Data Johns Hopkins University menunjukkan jumlah korban di Texas mencecah 25,522 sehingga semalam yang merupakan angka kedua tertinggi selepas New York. - Agensi

Artikel Berkaitan: