Penduduk Palestin tiada akses vaksin

Netanyahu menjadi individu pertama menerima suntikan vaksin Pfizer-BioNTech kononnya untuk menggalakkan orang ramai mengambil vaksin tersebut. - Foto: Agensi
Netanyahu menjadi individu pertama menerima suntikan vaksin Pfizer-BioNTech kononnya untuk menggalakkan orang ramai mengambil vaksin tersebut. - Foto: Agensi
A
A
A

RAMALLAH - Penindasan ke atas jutaan penduduk Palestin semakin ketara apabila rejim Israel mula melancarkan program vaksinasi Covid-19 yang menyaksikan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu menerima suntikan pertama pada Sabtu.

The Washington Post menerusi laporan mereka pada Ahad menjangkakan penduduk Palestin mungkin perlu menunggu tempoh beberapa bulan lagi untuk mendapatkan akses kepada vaksin itu apabila Tel Aviv mula mengedarkan kira-kira empat juta dos vaksin Pfizer-BioNTech.

Sebelum ini, pemimpin Palestin telah memberi isyarat mereka mungkin tidak dapat melancarkan kempen vaksinasi tersebut dan terpaksa bergantung kepada program antarabangsa.

"Masalah lain yang dihadapi penduduk Palestin adalah tempat simpanan vaksin tersebut yang perlu disimpan di bawah suhu sejuk beku yang mungkin menyukarkan Genting Gaza berikutan ia hanya mendapat bekalan elektrik selama lapan jam sehari," jelas laporan itu lagi.

Pengarah Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza, Ali Abd Rabbo turut mengakui mereka tidak mempunyai keupayaan teknikal untuk penyimpanan vaksin itu jika mendapat akses pada masa depan.

"Kami telah mengadakan perbincangan dengan Tel Aviv, namun tiada perjanjian dicapai hingga kini," jelasnya.

Difahamkan, kempen vaksinasi dilancarkan Israel itu hanya untuk pendatang haram Yahudi di Tebing Barat sekali gus mengecualikan kira-kira 2.5 juta penduduk Palestin yang tinggal di wilayah tersebut. - Agensi

Artikel Berkaitan: