Tindakan tegas jika lulus lesen perniagaan kepada warga asing

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa ketika sidang media selepas meninjau keadaan penduduk yang dilaporkan dalam keadaan daif di Blok C Flat Taman Segar Jalan Persiaran Lemak, Taman Segar Cheras hari ini. - Foto Bernama

A
A
A

KUALA LUMPUR - Mana-mana pihak yang bertindak menyalahgunakan kuasa bagi meluluskan lesen perniagaan kepada warga asing bakal dikenakan tindakan tegas.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, antara tindakan tegas yang akan diambil termasuk membawa perkara tersebut kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Dasar yang ditetapkan kerajaan amat jelas, warga asing tidak dibenarkan memiliki lesen perniagaan, sama ada di tapak sementara Pasar Borong Harian Selayang atau pasar tani berhampiran," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melakukan lawatan di Blok C, Flat Taman Segar, Jalan Persiaran Lemak, Taman Segar Cheras, di sini pada Ahad.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa ketika sidang media selepas meninjau keadaan penduduk yang dilaporkan dalam keadaan daif di Blok C Flat Taman Segar Jalan Persiaran Lemak, Taman Segar Cheras hari ini. - Foto Bernama
Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa ketika sidang media selepas meninjau keadaan penduduk yang dilaporkan dalam keadaan daif di Blok C Flat Taman Segar Jalan Persiaran Lemak, Taman Segar Cheras hari ini. - Foto Bernama

Pada 23 November lalu, penjaja termasuk warga asing dikesan menjalankan aktiviti perniagaan di luar pagar Pasar Borong Kuala Lumpur (PBKL).

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, DBKL membuat pemantauan selepas penguatkuasaan bebas pekerja asing di pasar borong sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Mereka berniaga di tempat yang dilarang secara curi-curi termasuk peniaga warga asing yang tidak dibenarkan berniaga sama ada di dalam atau di luar pasar.

Artikel Berkaitan:

"Tempat meniaga ini penting dan jika menimbulkan kekotoran, menghalang lalu lintas atau siar kaki maka ia perlu dipantau DBKL," katanya.