Seramai 13 mangsa banjir di Jerantut dipindahkan ke PPS

Keadaan di Kampung Kuala Teh, Jerantut yang mula dinaiki air sejak malam Sabtu.
Keadaan di Kampung Kuala Teh, Jerantut yang mula dinaiki air sejak malam Sabtu.
A
A
A

JERANTUT - Seramai 13 mangsa banjir dari Kampung Kuala Teh, di sini telah ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Teh pada Ahad.

Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Bencana dan Operasi Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pahang, Mejar (PA) Mohd Zairosnizam Mohd Tarmizi berkata, jumlah tersebut membabitkan dua buah keluarga dan PPS terbabit mula dibuka untuk mangsa terlibat pada jam 10.30 pagi.

Ketua kampungnya, Mohd Ghazali Ismail berkata, air telah mula naik sejak malam Sabtu akibat limpahan air Sungai Pahang namun perkembangan terkini, paras air kian menurun.

Menurutnya, kejadian melibatkan dua buah rumah yang berada di kawasan rendah.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tahan, Mohd Zakhwan Badarddin berkata, penduduk di kawasan yang berisiko di minta sentiasa bersiap sedia menghadapi bencana tersebut.

"Penduduk terlibat juga perlu mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa untuk mengelakkan insiden tidak diingini berlaku," katanya lagi.

Artikel Berkaitan: