Masyarakat, media diminta tak sensasikan isu jenayah babit agamawan

Ahmad Marzuk (kanan) menyerahkan bantuan makanan berikutan musim tengkujuh kepada penerima di DUN Panchor, Kota Bharu di sini hari ini.
Ahmad Marzuk (kanan) menyerahkan bantuan makanan berikutan musim tengkujuh kepada penerima di DUN Panchor, Kota Bharu di sini hari ini.
A
A
A

KOTA BHARU - Kerajaan meminta masyarakat umum dan pihak media tidak mensensasikan kes jenayah terutamanya yang dikaitkan dengan golongan agama.

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary berkata, beliau berpegang kepada prinsip seseorang itu tidak dikira bersalah selagi tidak dibuktikan salah oleh mahkamah.

"Untuk mendakwa itu, ini dan untuk melaporkan kepada pihak keselamatan, sesiapa pun boleh buat. Jadi, nasihat saya kepada semua pihak agar tidak mensensasikan isu ini.

“Ia membabitkan soal kepentingan dan keyakinan masyarakat kepada seseorang agamawan dan institusi agama itu sendiri. Jadi kena berhati-hatilah,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pengagihan Bantuan Musim Tengkujuh kepada Nelayan dan Petani di DUN Panchor, di sini hari ini.

Ahmad Marzuk (tengah) menyerahkan bantuan makanan berikutan musim tengkujuh kepada penerima di DUN Panchor, di sini hari ini.
Ahmad Marzuk (tengah) menyerahkan bantuan makanan berikutan musim tengkujuh kepada penerima di DUN Panchor, di sini hari ini.

Terdahulu, Ahmad Marzuk diminta mengulas mengenai kes-kes jenayah dan seksual yang melibatkan golongan agamawan sejak kebelakangan ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Marzuk berkata, kes-kes tersebut sebenarnya tidak perlu disensasikan supaya ia tidak menjadi ikutan kepada individu lain.

Malah katanya, Islam sendiri mengajar umatnya untuk menutup perkara-perkara negatif yang mendorong manusia lain untuk melakukan perkara sama.

Artikel Berkaitan:

"Sebab itu kalau kita tengok apabila keluar saja berita sesuatu isu, ia akan jadi macam satu kluster, keluar pula rentetan isu-isu berkaitan,” katanya.