Senarai pemenang Anugerah Grammy 2019 bocor?

Anugerah Grammy 2019
A
A

PADA 10 Februari ini akan berlangsungnya satu acara berprestij, Anugerah Grammy 2019. Ramai yang teruja untuk mengetahui siapakah pemenang dalam majlis yang ditunggu-tunggu itu.

Walau bagaimanapun, keterujaan orang ramai dimatikan apabila sebuah akaun Twitter tampil membocorkan senarai pemenang, baru-baru ini.

Menurut laporan E! Online, akaun berkenaan mendedahkan penyanyi rap sensasi, Cardi B memenangi kategori Rekod Terbaik menerusi lagu I Like It manakala lagu Shallow nyanyian Lady Gaga menerima trofi Lagu Terbaik.

Seterusnya, album Reputation milik Taylor Swift merangkul anugerah Album Pop Terbaik.

Begitupun, pihak Akademi menepis semua senarai pemenang yang didedahkan adalah tidak benar.

“Keputusan pemenang yang dibuat tidak akan dikongsi dengan mana-mana pihak sehingga hari anugerah berlangsung,” jelas jurucakap pihak Akademi.

Anugerah Grammy 2019 bakal berlangsung di Staples Center, Los Angeles, Amerika Syarikat, akan dihoskan oleh penyanyi R&B terkenal, Alicia Keys selain beberapa nama besar yang akan membuat persembahan seperti Shawn Mendes, Red Hot Chili Peppers, Miley Cyrus, Post Malone dan Cardi B


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia