Penjara 30 hari kerana tak bayar nafkah anak

Mahkamah Rendah Syariah Hulu Terengganu pada Ahad menjatuhkan hukuman penjara 30 hari kepada Diang kerana gagal membayar nafkah anak-anaknya.
Mahkamah Rendah Syariah Hulu Terengganu pada Ahad menjatuhkan hukuman penjara 30 hari kepada Diang kerana gagal membayar nafkah anak-anaknya.
A
A
A

HULU TERENGGANU- Mahkamah Rendah Syariah Hulu Terengganu pada Ahad menjatuhkan hukuman penjara 30 hari terhadap seorang buruh setelah didapati bersalah kerana gagal membayar nafkah anak-anaknya.

Hakim Syarie, Nik Mohd Shahril Irwan Mat Yusof menjatuhkan hukuman itu setelah lelaki berkenaan, Diang Ghani, 52, didapati bersalah mengikut Seksyen 181 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Terengganu) kerana gagal melunaskan pembayaran nafkah anak-anak sebanyak RM11,000 kepada bekas isterinya.

Sebelum ini, mahkamah pada 21 April 2010 telah mengarahkan lelaki berkenaan untuk membayar nafkah enam orang anaknya sebanyak RM300 setiap bulan, sebagaimana persetujuan bersama bekas isteri.

Bagaimanapun, keengganannya membayar nafkah itu menyebabkan tunggakan terkini nafkah mencecah RM11,000.

Pada 19 Februari 2020, mahkamah telah mengarahkannya hadir ke mahkamah setelah bekas isterinya memfailkan notis penghakiman.

Namun, dia gagal hadir dan mahkamah telah mengeluarkan waran tangkap ke atasnya.

Lelaki berkenaan kemudiannya berjaya ditahan pada 15 Disember lalu, sebelum didakwa dan dijatuhkan hukuman penjara 30 hari, berkuat kuasa Ahad.

Artikel Berkaitan: