Enam laluan di Jerantut dinaiki air

Antara laluan di Jerantut yang dinaiki air pada Ahad.
Antara laluan di Jerantut yang dinaiki air pada Ahad.
A
A
A

JERANTUT - Enam laluan di daerah ini mula dinaiki air menyebabkan beberapa laluan terbabit ditutup kepada semua kenderaan pada Ahad.

Sehingga jam 8 pagi menerusi Facebook JKR Jerantut, Seksyen 31.0 di jalan Ulu Retang ke Merting ditutup kepada semua kenderaan selepas dinaiki air sedalam 1.5 meter.

Turut ditutup kepada semua kenderaan di Seksyen 33.0 di jalan sama selepas dinaiki air sedalam 0.80 meter.

Antara laluan di Jerantut yang dinaiki air pada Ahad.
Antara laluan di Jerantut yang dinaiki air pada Ahad.

Dua lagi laluan turut ditutup kepada semua kenderaan iaitu di jalan Sungai Yap ke Pasir Tambang dinaiki air sedalam 0.75 meter dan jalan Kampung Rebus ke Padang Piol dinaiki air dengan paras sama.

Sementara itu, jalan Pulau Tawar ke Durian Hijau ditutup kepada semua kenderaan ringan selepas dinaiki air sedalam 0.40 meter.

Namun jalan Bukit Puas ke Gintong masih boleh dilalui kepada semua kenderaan selepas dinaiki air sedalam 0.25 meter.

Artikel Berkaitan: