Terlalu awal bandingkan Chelsea dan Liverpool

Lampard
Lampard
A
A
A

PENGENDALI Chelsea, Frank Lampard menyifatkan masih terlalu awal untuk membandingkan pencapaian kelab berkenaan dengan kecemerlangan Liverpool yang berjaya mengungguli takhta Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2019/2020 lalu.

Lampard berkata, perkembangan skuad The Blues itu pada hari ini juga terlalu jauh jika dibandingkan dengan perkembangan skuad The Reds itu musim lalu yang dinobatkan selaku juara EPL biarpun masih berbaki tujuh perlawanan.

Malah menurut Lampard, skuad kendaliannya itu telah gagal meraih mata dalam beberapa perlawanan penting dan mengakibatkan skuad kendaliannya itu agak ketinggalan bagi mencabar trofi EPL musim ini.

“Semua orang bercakap mengenai kecemerlangan Chelsea musim ini dan kami seharusnya memenangi trofi EPL; tetapi sebenarnya kami masih dalam proses pembentukan pasukan.

“Ia memerlukan masa bagi membina keyakinan dan persefahaman kerana kami memiliki ramai pemain muda dan pemain baharu.

Sebahagian kesebelasan Chelsea
Sebahagian kesebelasan Chelsea

“Liverpool pada hari ini adalah ibarat pasukan yang lengkap, tetapi meeka juga telah melalui apa yang kita lalui ketika ini,” katanya.

Chelsea kini berada pada kedudukan ke lapan EPL dengan 22 mata hasil enam kemenangan, seri empat kali dan tewas tiga kali dariapda 14 perlawanan setakat ini.

Artikel Berkaitan:

Skuad The Blues itu turut mengalami dua kekalahan berturut-turut apabila tewas 0-1 kepada Everton di Goodison Park 13 Disember lalu dan terbaharu tewas 1-2 kepada Wolves di Stadium Molineux, pada 16 Disember.

Sementara itu, Lampard berkata dia pernah beraksi bersama Chelsea yang dilihat sebagai sebuah pasukan yang konsisten suatu ketika kelab berkenaan dimiliki oleh Roman Abramovich.

“Saya pernah beraksi dalam pasukan seperti itu dan kita tidak memenangi EPL pada tahun pertama dan kita muncul naib juara tahun berikutnya.

“Secara realitinya, kita bukannya seperti Liverpool atau Manchester City yang sering mencatatkan kemenangan kerana ada ketikanya kita perlu bersedia mengharungi saat-saat sukar seperti yang kita lalui ketika ini,” katanya.