Jangan sampai ayahanda tahu: Sissy Imann

Penyanyi, Sissy Iman
A
A

PENYANYI generasi baru, Sissy Imann, 24, memberitahu bapanya seorang yang bersikap terbuka, malah tidak menyekat kebebasannya.

Menurut Sissy, apa yang penting adalah bersikap jujur kepada bapanya.

"Stail ayahanda ini tak rumit atau menyekat kebebasan pun, cuma dia kena maklumkan sahaja jangan sampai dia sendiri yang dapat tahu dulu.

"Pendek kata, kalau saya nak keluar pergi mana-mana, beritahu ayahanda terlebih dahulu.

"Tapi saya pun bukan seorang yang suka melepak dan jalan-jalan kat shopping mall. Saya lebih selesa dan suka lepak dan santai di rumah bersama kawan-kawan," ujarnya.

Mengenai perkembangan karier nyanyian, Sissy baru sahaja meluncurkan single terbaharu berjudul, Pesanan Ayahanda, ciptaannya bersama empat komposer lain, Faizal Tahir, Mike Chan, Ezra Kong dan Romeo.

Mengangkat kisah seorang bapa, Sissy turut menampilkan bapanya sendiri menerusi muzik video berkenaan.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia