Klopp pertahan keputusan tidak turunkan Salah

Klopp
Klopp
A
A
A

PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp mempertahankan keputusannya untuk tidak menurunkan Mohamed Salah dalam kesebelasan utama pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), berdepan Crystal Palace di Selhurst Park, semalam.

Menurut Klopp,dia memerlukan pemain yang benar-benar cergas untuk diturunkan pada perlawanan berkenaan bagi memastikan kejayaan berterusan skuad The Reds.

“Salah telah beraksi sepenuh masa dalam empat perlawanan terakhir kami sebelum ini dan sudah pasti kami memerlukan pemain baharu dan cergas untuk berdepan Crystal Palace.

“Kami turut memberikan peluang kepada pemain seperti Matip (Joel) dan Keita (Naby) untuk beraksi kali ini,” katanya.

Minamino menjaringkan gol sulung Liverpool pada perlawanan berkenaan
Minamino menjaringkan gol sulung Liverpool pada perlawanan berkenaan

Terdahulu tindakan Klopp tidak menurunkan Salah dalam kesebelasan utama pasukan telah menimbulkan persoalan dalam kalangan penyokong Liverpool setelah masalah kecederaan beberapa tonggak utama The Reds seperti James Milner dan Diogo Jota.

Namun, Liverpool masih berjaya mencatatkan kemenangan besar apabila menewaskan Crystal Palace 7-0, hasil jaringan Takumi Minamino pada minit ke-3, Sadio Mane (min-35), Roberto Firmino (min-44, 68), Jordan Henderson (min-52) dan Mohamed Salah (min-81, 84).

Kemenangan berkenaan turut menyaksikan The Reds terus unggul menguasai takhta EPL dengan 31 mata hasil sembilan kemenangan, seri empat kali dan tewas sekali daripada 14 perlawanan setakat ini.

Artikel Berkaitan:

Minamino meraikan jaringan Salah pada lewat perlawanan
Minamino meraikan jaringan Salah pada lewat perlawanan

Sementara itu Klopp berkata, biarpun hanya menurunkan Salah untuk beraksi dalam tempoh setengah jam terakhir pada perlawanan berkenaan, penyerang itu telah membalas kepercayaan yang diberikan dengan dua gol pada lewat perlawanan.

“Kami tetap menurunkannya (Salah) dalam perlawanan ini, tetapi bukan dalam kesebelasan utama.

“Kami hanya menurunkannya dalam tempoh setengah jam terakhir dan hasilnya dia tetap berjaya menjaringkan dua gol pada perlawanan ini,” katanya.