Pahang perkasa sektor pertanian negeri

Ahmad bergambar bersama tetamu kenamaan dan wakil penerima Geran Agroprenuer sempena Perasmian Program Jelajah Agropreneur Muda Peringkat Negeri Pahang di Sungai Koyan pada Sabtu.
Ahmad bergambar bersama tetamu kenamaan dan wakil penerima Geran Agroprenuer sempena Perasmian Program Jelajah Agropreneur Muda Peringkat Negeri Pahang di Sungai Koyan pada Sabtu.
A
A
A

LIPIS - Langkah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) mewujudkan Unit Agropreneur Muda adalah tindakan tepat supaya lebih ramai golongan muda menjadikan sektor pertanian sebagai kerjaya.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, ketika ini negara kekurangan pelapis dalam kalangan generasi muda untuk memperhebat serta meneruskan kerancakan sektor pertanian negara termasuk di Pahang.

Menurutnya, sektor pertanian ketika ini banyak diusahakan mereka yang berusia menyebabkan sektor itu kurang produktif serta agak ketinggalan berbanding beberapa negara lain.

“Kita sedia maklum pihak MAFI kini sedang giat mencari kaedah terbaik dalam memastikan kecukupan bekalan makanan dan Pahang yang mempunyai potensi besar dalam sektor ini sedia memberi kerjasama,” katanya menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh Ahli Parlimen Cameron Highlands, Ramli Mohd Noor sempena perasmian Program Jelajah Agropreneur Muda Peringkat Negeri Pahang di Sungai Koyan di sini semalam.

Ramli (dua dari kanan) dan Abdul Rahman (kiri) mengiringi Ahmad (dua dari kiri) menyampaikan Geran Agroprenuer Muda kepada wakil penerima sempena Program Jelajah Agropreneur Muda Peringkat Negeri Pahang di Sungai Koyan pada Sabtu.

Hadir sama, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan 1, Datuk Seri Ahmad Hamzah dan Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar 1, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad.

Tambah Wan Rosdy, sebagai negeri terbesar di Semenanjung Malaysia dengan keluasan 3.6 juta hektar, Pahang masih banyak tanah yang boleh diusahakan untuk sektor pertanian.

“Tahun lalu, sektor pertanian negeri Pahang menyumbang 22 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negeri.

Artikel Berkaitan:

"Pada masa sama, Pahang menjadi penyumbang keempat terbesar kepada pengeluaran pertanian negara merangkumi tanaman, ternakan, perikanan dan perhutanan dengan nilai kira-kira RM12.9 bilion.

“Jumlah tersebut kira-kira 16 kali ganda lebih banyak daripada RM803.6 juta hasil kerajaan negeri kutip setakat 11 Disember lalu,” kata beliau lagi.