KPDNHEP Kelantan rampas 120 kotak minyak masak

Minyak masak yang diisi dalam sebuah kereta untuk diseludup ke negara jiran.
Minyak masak yang diisi dalam sebuah kereta untuk diseludup ke negara jiran.
A
A
A

MACHANG - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan berjaya merampas 120 kotak minyak masak seberat 2,040 kilogram yang cuba diseludup ke negara jiran dalam Op Benteng Covid-19 semalam.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Negeri KPDNHEP Kelantan, Azanizam Affendi Juri berkata, serbuan itu hasil risikan anggota penguat kuasa terhadap dua buah kereta yang membuat pembelian dengan pemborong sekitar Machang.

Menurutnya, operasi bermula jam 6 petang di Jalan Pangkal Meleret itu melibatkan tujuh anggota penguat kuasa KPDNHEP Kelantan dan tiga pegawai Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM).

Minyak masak yang dirampas pihak KPDNHEP Kelantan dalam Op Benteng Covid-19 semalam.
Minyak masak yang dirampas pihak KPDNHEP Kelantan dalam Op Benteng Covid-19 semalam.

“Dalam operasi tersebut, anggota penguat kuasa menahan dua pemandu dan seorang kelindan warga tempatan yang masing-masing berumur dalam lingkungan 20-an.

"Sebanyak 120 kotak minyak masak bernilai RM5,100 dirampas dalam operasi itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.

Beliau berkata, suspek mengaku minyak masak tersebut akan dihantar ke pengkalan haram Bukit Lata, Pasir Mas untuk diseludup ke Mundok, Thailand.

"Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 disyaki dengan niat melakukan penyeludupan," katanya.

Artikel Berkaitan: