Tiket murah sempena perlawanan pertama

No Image Caption
A
A
A

BERITA baik buat penyokong bola sepak sempena perlawanan sulung Liga Perdana musim 2019 di antara Kelantan dan Sabah, Jumaat ini di Stadium Sultan Muhammad IV.

Ketua Pegawai Eksekutif Kelantan Red Warriors Sdn Bhd, Fazli Mohammad, berkata pihaknya bersetuju menjual tiket untuk tempat duduk terbuka pada harga RM12, manakala astaka dijual di antara RM20 hingga RM55.

“Penjualan tiket untuk tempat duduk terbuka pada harga yang lebih rendah daripada kebiasaan iaitu RM15.00 adalah sebagai penghargaan kami kepada penyokong- penyokong setia pasukan Kelantan.

“Walaupun pasukan Kelantan telah jatuh ke Liga Perdana pada musim ini, namun sokongan peminat setia pasukan The Red Warriors ini tidak pernah berbelah bahagi.

“Penurunan harga tiket untuk perlawanan pertama di Kota Bharu saja yang dapat pihak pengurusan lakukan untuk membalas kesetiaan mereka terhadap pasukan Kelantan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, untuk perlawanan seterusnya di Kota Bharu selepas ini, harga tiket untuk tempat duduk terbuka akan dijual pada harga sama pada musim lepas iaitu RM15 setiap satu dan harga tiket astaka di antara RM20 hingga RM55.

“Untuk perlawanan pada Jumaat ini, tiket-tiket akan mulai dijual pada jam 3 petang hingga jam 9.30 malam di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV," katanya.

Artikel Berkaitan: