Mangsa banjir di Terengganu cecah 6,305 orang

Seorang kanak-kanak berjalan di hadapan kediamannya yang dinaiki air di Kampung Kuala Ping, Setiu.
Seorang kanak-kanak berjalan di hadapan kediamannya yang dinaiki air di Kampung Kuala Ping, Setiu.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Jumlah mangsa banjir di negeri ini semakin bertambah dengan rekod semasa mencecah seramai 6,305 orang daripada 1,663 keluarga yang ditempatkan di 49 pusat pemindahan sementara (PPS) melibatkan empat daerah.

Sehingga jam 8 pagi tadi daerah Kemaman mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi dengan 5,108 mangsa daripada 1,238 keluarga ditempatkan di 25 PPS di daerah terbabit.

Ia diikuti daerah Hulu Terengganu membabitkan 805 mangsa daripada 318 buah keluarga ditempatkan di 13 PPS, diikuti Dungun (381) mangsa daripada 104 keluarga ditempatkan di 10 PPS.

Daerah Setiu pula mencatatkan jumlah mangsa banjir terendah dipindahkan dengan 11 orang daripada tiga keluarga yang ditempatkan di sebuah PPS.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Che Adam A Rahman berkata, keadaan cuaca semasa menunjukkan hujan masih lebat kadang kala berhenti di beberapa daerah di negeri ini.

Katanya, jumlah mangsa banjir dan PPS yang dibuka juga menunjukkan peningkatan berbanding semalam.

“Terdapat pertambahan sebuah PPS yang dibuka pagi ini menjadikan sebanyak 49 PPS dibuka setakat ini dengan pertambahan jumlah keluarga daripada 1,632 kepada 1,663 buah keluarga hari ini.

“Jumlah mangsa banjir juga bertambah daripada 6,176 orang semalam kepada 6,305 orang setakat ini. Bagaimanapun, beberapa lembangan sungai utama di negeri ini menunjukkan trend menurun,” katanya.

Artikel Berkaitan: