X

Kindly register in order to view this article
!

Tubuh Majlis Presiden Kerajaan PN bukti keterbukaan Muhyiddin

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang juga Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berucap pada majlis sumbangan kemasyarakatan Ahli Parlimen Gombak di Dewan Pusat Aktiviti Masyarakat AU5D Lembat Keramat di sini hari ini. - Foto Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - Penubuhan Majlis Presiden Kerajaan Perikatan Nasional (PN) menunjukkan keterbukaan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meletakkan kepentingan rakyat dan negara sebagai keutamaan berbanding kepentingan kepartian.

Memetik laporan Berita Harian, Ketua Penerangan PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, melalui Majlis Presiden Kerajaan PN, semua pihak dapat menyumbang idea khususnya bagi memperkukuh ekonomi negara dan menangani penularan Covid-19.

“Pandangan dan idea baharu amat diperlukan kerana Belanjawan 2021 yang dibentang dan diluluskan bukan untuk kerajaan, sebaliknya untuk rakyat.

“Baru-baru ini juga telah diadakan mesyuarat pertama (Majlis Presiden Kerajaan PN) dan ia disambut baik oleh ketua parti kerajaan PN,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Kemasyarakatan Parlimen Gombak di Dewan Persatuan Penduduk AU5D Lembah Keramat di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Penggubalan piagam antara parti antara perkara dipersetujui: Muhyiddin

Mohamed Azmin yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, usaha menerusi kerjasama di antara semua parti dalam kerajaan PN akan diteruskan demi memperkukuhkan lagi perpaduan sedia ada.

Khamis lalu, Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, ketua parti dalam kerajaan PN bersetuju sebulat suara untuk menubuhkan Majlis Presiden Kerajaan PN bagi membincangkan dasar kerajaan dan mengukuhkan kerjasama antara parti.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!