Parlimen Myanmar luluskan jawatankuasa pinda Perlembagaan

Ia menerima 414 daripada 611 undi sokongan di Parlimen.
Ia menerima 414 daripada 611 undi sokongan di Parlimen.
A
A
A

YANGON - MYANMAR. Parlimen Myanmar, hari ini mengundi untuk menubuhkan satu jawatankuasa untuk membincangkan langkah pindaan Perlembagaan negara itu walapun berdepan bantahan tentera.

Penubuhan jawatankuasa itu memperoleh 414 daripada 611 undi sokongan.

Speaker Parlimen, T Khun Myat memberitahu timbalannya, Tun Tun Hein akan mempengerusikan jawatankuasa baharu tersebut.

"Wakil daripada parti politik dan tentera akan terlibat dalam jawatankuasa itu," ujarnya.

Minggu lalu, Parti Liga Kebangsaan bagi Demokrasi (NLD) pimpinan Aung San Suu Kyi mengemukakan 'cadangan kecemasan' bertujuan untuk meminda sebahagian daripada Perlembagaan 2008 yang digubal tentera yang dianggap sebagai tidak demokrasi.

Langkah itu dibuat selepas pemimpin awam dan tentera berdepan tekanan antarabangsa terhadap isu tindakan kekerasan tentera terhadap penduduk Rohingya pada 2017 yang menyebabkan kira-kira 730,000 melarikan diri ke Bangladesh. - Reuters

Artikel Berkaitan: