X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 29 Oktober 2021

Akta 795 lindungi sumber biologi negara daripada ‘biopiracy’

Shamsul Anuar
A
A

KUALA LUMPUR - Penguatkuasaan Akta Akses kepada Sumber Biologi dan Perkongsian Faedah 2017 (Akta 795) dapat memastikan negara memperoleh faedah apabila sumber biologi yang dijumpai di negara ini dikaji dan dibangunkan kepada produk yang mempunyai nilai.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, penguatkuasaan itu secara langsung dapat membenteras ‘biopiracy’ iaitu sumber biologi negara diambil dan dibangunkan tanpa izin sehingga negara tidak mendapat apa-apa faedah daripadanya.

“Malaysia yang merupakan antara 12 buah negara di dunia yang paling kaya dengan khazanah biodiversiti (mega-biodiversity) dan penguatkusaan akta ini penting kerana kekayaan ini berpotensi besar untuk pembangunan dan penciptaan produk baharu dalam industri farmaseutikal dan nutraseutikal.

“Ia termasuk ubat-ubatan, makanan tambahan dan produk kosmetik,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Pada masa yang sama, katanya penguatkuasaan akta itu juga boleh mendatangkan faedah kewangan antaranya royalti, fi bagi permit penyelidikan dan penghasilan paten daripada pengkomersialan produk yang diperoleh daripada sumber biologi.

Sementara bagi faedah bukan kewangan pula termasuk perkongsian hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D), latihan melalui pertukaran penyelidikan dan penyelidikan kolaboratif serta peluang pekerjaan kepada masyarakat juga dapat dijana melalui penguatkuasaan akta ini.

Terdahulu, Shamsul Anuar mengumumkan penguatkuasaan akta tersebut bermula 18 Dis semasa merasmikan Webinar Access and Benefit Sharing (ABS) dan Pengetahuan Tradisi serta pelancaran Buku Panduan Pengguna ABS dan portal MyABS yang dibuat secara maya, pada Sabtu. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!