214 pengunjung pusat hiburan dikompaun

Antara individu di sebuah pusat hiburan di Kuala Lumpur yang dikenakan kompaun kerana langgar SOP PKPB pada Jumaat.
Antara individu di sebuah pusat hiburan di Kuala Lumpur yang dikenakan kompaun kerana langgar SOP PKPB pada Jumaat.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 214 pengunjung termasuk 83 wanita dikenakan kompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sebuah pusat hiburan di Cheras di sini semalam.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, pihaknya juga menahan empat lelaki dan empat wanita warga asing yang kesemuanya dianggarkan berusia 19 hingga 38 tahun.

"Turut ditahan dua lelaki yang didapati positif dadah. Kita merampas dua keping resit perniagaan, pembesar suara, amplifire serta mikrofon," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Nasri berkata, pihaknya mendapati pusat hiburan itu beroperasi atas permit perniagaan restoran dan bistro.

"Pemilik premis disyaki melakukan kesalahan beroperasi tanpa lesen hiburan selain turut mengganggu penduduk kawasan perumahan berhampiran dengan bunyi bising dan mengganggu keadaan lalu-lintas," katanya.

Nasri berkata, pihaknya percaya pemilik memohon daripada pihak berkuasa tempatan untuk permit perniagaan restoran dan bistro namun sebaliknya meneruskan kegiatan hiburan.

"Semasa serbuan dibuat tiada sebarang hidangan makanan dinikmati oleh pengunjung sebaliknya setiap meja hanya ada minuman keras yang jelas menunjukkan kehadiran pengunjung hanya untuk berhibur dan bukan untuk makan," katanya.

Artikel Berkaitan: