'Banyak kenangan indah saya bersama bonda'

Najib ketika ditemui pemberita selepas Istiadat Pengebumian Negara di Makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur hari ini.
Najib ketika ditemui pemberita selepas Istiadat Pengebumian Negara di Makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur hari ini.
A
A
A

KUALA KUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkongsi kenangan manis bersama arwah ibunya, Allahyarhamah Tun Rahah Mohamed Noah sepanjang beliau berkecimpung dalam dunia politik.

Menurutnya, arwah Tun Rahah sentiasa ingatkan beliau untuk jalankan kerja dengan penuh dedikasi.

"Nama keluarga penting untuk dipertahankan walaupun dalam politik memang tidak dapat elak daripada menjadi kecaman," katanya ketika ditemui pemberita selepas selesai upacara Istiadat Pengebumian Negara di Makam Pahlawan, Masjid Negara di sini pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Pekan itu turut menceritakan kisahnya bersama arwah bondanya ketika beliau menceburi bidang politik pada usia 23 tahun.

"Pada usia 23 tahun, bonda sentiasa menyokong apa jua keputusan saya.

"Bonda juga sentiasa memberi sokongan moral dan kasih sayangnya kepada saya untuk berjaya dalam bidang politik,” katanya.

Apabila ditanya soal kelangsungan hidupnya tanpa kasih sayang ibu di sisi, Najib tidak menafikan beliau masih sukar menerima pemergian arwah.

"Arwah Tun Razak sudah tiada, jadi bondalah keutamaan kami. Amat sukar kehilangan seorang ibu, tentu kami semua rasa amat sedih, tapi ini ketentuan Ilahi.

Artikel Berkaitan:

"Bonda telah lalui kehidupan selama 87 tahun dan sampai kemuncak hidupnya dengan menyaksikan anak-anaknya membesar dan sedikit sebanyak berasa puas dengan apa yang kami lakukan,” katanya.

Dalam pada itu, Najib juga menjemput orang ramai untuk hadir ke majlis tahlil arwah ibunya yang akan diadakan di Masjid Ar-Rahah, Kerinchi, Bangsar.

Menurutnya, majlis tersebut akan berlangsung setiap hari selama seminggu.

ARTIKEL BERKAITAN: Tun Rahah meninggal dunia

Tun Rahah diberi penghormatan Istiadat Pengebumian Negara

Jenazah Tun Rahah selamat disemadikan di Makam Pahlawan

Terdahulu, jenazah Allahyarhamah Tun Rahah telah selamat disemadikan dan diberi penghormatan Istiadat Pengebumian Negara di Lingkaran Makam Pahlawan, Masjid Negara, kira-kira jam 3.15 petang pada Sabtu.

Jenazah Tun Rahah disemadikan bersebelahan pusara kakaknya, Tun Suhailah yang juga ibu kepada Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang meninggal dunia pada 4 Oktober 2014.