Menara Hasil LHDN JB ditutup esok untuk disanitasi

LHDN
LHDN
A
A
A

JOHOR BAHRU - Menara Hasil Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) Johor Bahru akan ditutup sementara esok bagi memberi laluan kepada kerja-kerja sanitasi.

LHDN dalam satu kenyataan menasihatkan pelanggan supaya melakukan semua urusan percukaian secara dalam talian sementara ia ditutup.

Bagi sebarang pertanyaan dan maklum balas, pelanggan boleh hubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 atau 603-8911 1100 (bagi mereka di luar Negara), selain melalui HASiL Live Chat dan portal rasmi LHDN. - Bernama

Artikel Berkaitan: