X

Kindly register in order to view this article
!

Tun Rahah sumber kekuatan, inspirasi rakyat Malaysia: PM Singapura

Hsien Loong dalam hantaran terkini di laman Facebooknya hari ini.
A
A

SINGAPURA - Allahyarhamah Tun Rahah Mohamed Noah merupakan sumber kekuatan, keberanian dan inspirasi keluarganya serta seluruh rakyat Malaysia, kata Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong.

"Allahyarhamah berdiri teguh di sisi suaminya, Tun (Abdul) Razak (Hussein), semasa beliau mengemudi Malaysia pada waktu-waktu yang kritikal dalam sejarah negara itu," kata Hsien Loong dalam hantaran terkini di laman Facebooknya hari ini.

"Allahyarhamah akan dikenang kerana kesetiaannya kepada negara dan keluarga," kata beliau lagi dalam hantaran yang turut memuat naik gambar Tun Rahah.

ARTIKEL BERKAITAN: Tun Rahah meninggal dunia

Tun Rahah diberi penghormatan Istiadat Pengebumian Negara

Tun Rahah, 87, yang merupakan isteri Perdana Menteri kedua Malaysia, menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Prince Court di sini petang Jumaat.

Jenazah Allahyarhamah akan dikebumikan bersebelahan pusara kakaknya, Tun Suhailah Mohamed Noah yang juga ibu Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di Lingkaran Makam Pahlawan Masjid Negara.

Pada permulaan hantaran itu, Hsien Loong menulis bahawa beliau "amat berdukacita" apabila mendengar berita pemergian Tun Rahah yang juga ibu Perdana Menteri Keenam Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Ingatan dan doa kami sentiasa bersama dengan keluarga serta rakyat Malaysia sepanjang tempoh berkabung ini," kata Hsien Loong sebelum mengakhiri hantaran itu dengan parapnya, LHL. - Bernama

Deeply saddened to hear of the passing of Tun Hajah Rahah, the widow of Malaysia’s second Prime Minister Tun Abdul...

Posted by Lee Hsien Loong on Friday, December 18, 2020


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!