77 kes, dua kluster baharu Covid-19 direkod di Johor

Sebanyak 77 kes Covid-19 dan dua kluster baharu direkodkan di Johor pada Jumaat.
Sebanyak 77 kes Covid-19 dan dua kluster baharu direkodkan di Johor pada Jumaat.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Sebanyak 77 kes Covid-19 dan dua kluster baharu direkodkan di Johor pada Jumaat.

Dua kluster baharu iaitu Kluster Tembok Gajah dan Kluster Utama Rini menjadikan keseluruhan 21 kluster aktif di negeri ini.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R Vidyananthan berkata, kes indeks bagi Kluster Tembok Gajah telah dilaporkan positif Covid-19 melalui saringan individu bergejala pada 16 Disember.

Menurutnya, seramai 52 individu telah disaring di mana 13 kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini sehingga 19 Disember.

"Susulan itu, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Penjara Kluang dan Kuarters Penjara akan berkuatkuasa bermula 19 Disember sehingga 31 Disember ini," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Vidyananthan berkata, bagi Kluster Utama Rini pula ia melibatkan daerah Johor Bahru, Kulai dan Pontian.

"Kes indeks bagi kluster ini telah dilaporkan positif Covid-19 melalui saringan individu bergejala pada 11 Disember.

"Sehingga 18 Disember, seramai 100 individu telah disaring di mana 22 kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini," katanya.

Artikel Berkaitan:

Katanya, pengesanan kontak rapat dan ujian saringan Covid-19 masih giat dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Daerah berikutan terdapat 21 kluster aktif di negeri ini.

"Kluster aktif tersebut ialah Tembok Gajah (Mukim Kluang), Kluster Utama Rini (Mukim Pulai),Kluster Cahaya Mahsuri (Mukim Tebrau), Kluster Desa Idaman (Mukim Senai), Kluster Langkasuka (Mukim Tebrau) dan Kluster Tenun Merah (Mukim Simpang Kanan).

"Seterusnya, Kluster Jalan Dalam (Mukim Pulai), Kluster Bandar Impian (Mukim Kluang), Kluster Jalan Tampoi (Mukim Tebrau), Kluster Cempaka (Mukim Sedenak), Kluster Baloi (Mukim Pengkalan Raja), Kluster Nibong (Mukim Plentong), Kluster Gemilang (Mukim Tebrau) dan Kluster Tanjung Bunga (Mukim Plentong).

"Kluster Batu 7 (Mukim Linau), Kluster Kobena (Mukim Tebrau), Kluster Kota Kecil (Mukim Kota Tinggi), Kluster Makmur (Mukim Kulai), Kluster Kiambang (Mukim Tenggaroh), Kluster Jeri (Mukim Sedili Besar) dan Kluster Padang (Mukim Ulu Sg Johor)," katanya.

Katanya, berdasarkan pemerhatian aktiviti pencarian kes secara aktif mendapati kerap berlaku kes bergejala tidak mendapatkan rawatan dengan segera.

"Masyarakat diingatkan sekiranya terdapat gejala seperti demam, batuk, sukar bernafas dan lain lagi, sila dapatkan rawatan dengan kadar segera bagi mengurangkan risiko penyakit lebih kritikal," katanya.