15 kontena gandum tanpa permit dirampas

Bijirin gandum seberat 340,625kg dirampas Maqis Pulau Pinang pada Khamis lalu.
Bijirin gandum seberat 340,625kg dirampas Maqis Pulau Pinang pada Khamis lalu.
A
A
A

BUTTERWORTH - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Pulau Pinang merampas 15 kontena yang mengandungi gandum jenis Indian Wheat tanpa permit di Pelabuhan Pengkalan Kontena Butterworth Utara (NBCT) di sini pada Khamis lalu.

Pengarahnya, Zarina Ramli berkata, gandum seberat 340,625 kilogram (kg) dari India yang bernilai RM374,444 dirampas pada jam 2.25 petang.

Menurutnya, kesemua bijirin itu dirampas selepas didapati tidak mematuhi syarat import permit seperti yang ditetapkan.

15 kontena yang membawa muatan gandum jenis Indian Wheat tanpa permit dirampas di Pelabuhan Pengkalan Kontena Butterworth Utara Khamis lalu.
15 kontena yang membawa muatan gandum jenis Indian Wheat tanpa permit dirampas di Pelabuhan Pengkalan Kontena Butterworth Utara Khamis lalu.

"Perbuatan mengimport keluaran pertanian yang tidak mematuhi piawaian yang dikehendaki pada syarat-syarat permit import Maqis adalah satu kesalahan mengikut Seksyen 15(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].

"Ia boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 15(2), akta yang sama dan jika disabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Katanya,Maqis Pulau Pinang sentiasa mengambil langkah serius dalam isu melibatkan keselamatan makanan, kawalan penyakit dan risiko kemasukan perosak yang boleh mengancam industri pertanian negara.

"Tindakan penguatkuasaan undang-undang akan terus diperkasa bagi memastikan kawalan penyakit haiwan, ikan, tumbuhan dan jaminan keselamatan makanan terpelihara," katanya.

Artikel Berkaitan: