'Sayu tengok ibu tunggal tiada tangan, kaki berniaga'

Ebit Lew memberi sumbangan sebuah gerai bergerak bagi memudahkan ibu tunggal itu menjalankan perniagaan.- Foto Facebook Ebit Lew
Ebit Lew memberi sumbangan sebuah gerai bergerak bagi memudahkan ibu tunggal itu menjalankan perniagaan.- Foto Facebook Ebit Lew
A
A
A

KUALA LUMPUR - Simpati dengan nasib seorang ibu tunggal yang juga merupakan orang kurang upaya (OKU), pendakwah terkenal, Ebit Lew memberi sumbangan sebuah gerai penjaja bergerak bagi memudahkan wanita itu menjalankan perniagaan.

Menerusi kenyataan dimuat naik di Facebooknya, Ebit Lew menyatakan beliau rasa sedih dan sayu melihat keadaan ibu tunggal yang tidak mempunyai tangan dan kaki itu berniaga.

Menurutnya, ibu tunggal berkenaan menjalankan perniagaan kuih tepung pelita di Taman Sri Rampai Setapak bagi membesarkan dua anaknya yang masih kecil.

Ibu tunggal berkenaan terharu dan mengalirkan air mata sebaik menerima sumbangan gerai penjaja bergerak daripada Ebit Lew. - Foto Facebook Ebit Lew
Ibu tunggal berkenaan terharu dan mengalirkan air mata sebaik menerima sumbangan gerai penjaja bergerak daripada Ebit Lew. - Foto Facebook Ebit Lew

“Sedih... sayu betul hati bila jumpa ibu tunggal OKU tiada dua tangan dan tiada dua kaki di Sri Rampai Setapak. Kakak ini besarkan dua anak dengan berniaga kuih tepung pelita. Hantar ke sana sini. Tiada kedai. Sedap kuih pelita kakak ni buat.

“Kakak ini rajin sangat. Masa saya sampai kakak ni siapkan makanan nasi penyet ikan keli. Sebak pula rasa bila dilayan begitu. Laju kakak ini ke sana sini. Syukur dapat bantuan duit bulanan zakat dan JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat),” katanya menerusi hantaran di Facebooknya pada Jumaat.

Ebit Lew berkata, prihatin dengan keadaan ibu tunggal berkenaan, beliau kemudian bergegas membelikan sebuah gerai penjaja bergerak berbumbung bagi membolehkan wanita berkenaan berniaga.

Artikel Berkaitan:

Ebit Lew ketika melawat ibu tunggal berkenaan di rumahnya. - Foto Facebook Ebit Lew
Ebit Lew ketika melawat ibu tunggal berkenaan di rumahnya. - Foto Facebook Ebit Lew

“Saya terus belikan ‘awning stall’ bergerak. Cantik. Bila saya bawa pada kakak ni dia terus menangis. Kuat juga menangis. Ya ALLAH, ustaz mahal cantik sangat. Tak mimpi dapat begini. Tak sampai sejam kami dapatkan ‘stall’ ini.

“Kakak ni akan mula berniaga depan Tasik Sri Rampai. Menu utama kuih pelita. Insya-ALLAH akan jual juga nasi ayam penyet. Memang sedap sangat. Doakan buat akak ni ye. Jika siapa berdekatan boleh membeli dengan kakak ini,” katanya.

Sedih sayu betul hati bila jumpa ibu tunggal oku tiada 2 tangan dan tiada 2 kaki di Sri Rampai Setapak. Kakak ini...

Posted by Ebit Lew on Friday, December 18, 2020