Tiga pos kawalan PGA ditenggelami banjir

Sebahagian daripada pos kawalan yang tenggelam akibat limpahan air Sungai Golok sejak Khamis lalu.
Sebahagian daripada pos kawalan yang tenggelam akibat limpahan air Sungai Golok sejak Khamis lalu.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Hujan lebat sejak Khamis lalu menyebabkan paras air Sungai Golok melepasi paras amaran sekaligus menenggelamkan tiga buah pos kawalan Pasukan Gerakan Am (PGA) di sempadan Malaysia-Thailand di Rantau Panjang ditenggelami banjir.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7 Kuantan, Superintendan Azhari Nusi berkata, pos kawalan terlibat adalah Ibrahim Pencen, Sharifah dan Mek Gombak.

"Kita telah lakukan proses pemindahan ke atas anggota dari tiga pos tersebut bagi memastikan keselamatan mereka berada pada tahap terbaik," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, bagaimanapun penguatkuasaan kawalan keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand masih lagi ketat.

Azhari meninjau pos kawalan PGA di sempadan Malaysia-Thailand di Rantau Panjang ditenggelami banjir.
Azhari meninjau pos kawalan PGA di sempadan Malaysia-Thailand di Rantau Panjang ditenggelami banjir.

"PGA Batalion 7 sudah mengatur gerak rondaan dan pemantauan bagi mengekang mana-mana pihak yang bertanggungjawab mengambil kesempatan untuk melakukan aktiviti penyeludupan dan jenayah rentas sempadan," katanya.

Beliau berkata, PGA tidak menolak kemungkinan ada beberapa pos kawalan lagi yang akan berdepan situasi sama berpandukan kepada paras air Sungai Golok yang menunjukkan trend menaik ketika ini.

Katanya, mereka sedia berdepan sebarang cabaran di musim banjir ini bagi memastikan kawalan sempadan negara berada pada tahap terbaik.

Artikel Berkaitan:

"PGA Batalion 7 tetap menggalas amanah dan tanggungjawab yang telah diberikan dengan sebaik mungkin.

"Nasihat saya, jika diarahkan untuk berpindah oleh pihak berkuasa, segeralah berbuat demikian demi keselamatan nyawa dan harta benda," katanya.