Ringgit diunjurkan kukuh susulan FED beri petunjuk kadar faedah rendah

Ringgit dijangka mengukuh minggu depan memandangkan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) telah memberi petunjuk untuk mengekalkan kadar faedah rendah.
Ringgit dijangka mengukuh minggu depan memandangkan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) telah memberi petunjuk untuk mengekalkan kadar faedah rendah.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ringgit dijangka mengukuh minggu depan memandangkan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) telah memberi petunjuk untuk mengekalkan kadar faedah rendah selepas mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka, yang sewajarnya menyaksikan dolar Amerika Syarikat (AS) terus lemah, kata penganalisis.

Ketua Pakar Strategi Pasaran Global, Axi, Stephen Innes berkata, dalam pada itu, susulan harga komoditi turut mengukuh terutama minyak mentah yang mengalami harga lebih tinggi justeru, ini memberi sokongan berganda kepada unit tempatan.

"Keadaan mudah tunai akhir tahun dijangka terjejas berikutan pasaran pertukaran asing pada masa ini perlu meminjam kembali semua dolar AS yang telah dijual, jadi saya menjangkakan kadar kenaikan ini akan perlahan pada minggu depan,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, masa depan ringgit nampaknya amat baik susulan pakej rangsangan oleh AS dan perjanjian Brexit yang pasti akan mendorong harga komoditi lebih tinggi dan menambah baik sentimen risiko.

“Jadi, saya menjangkakan dapat melihat dagangan ringgit pada paras yang lebih kukuh, pastinya,” katanya.

Berasaskan Jumaat ke Jumaat, ringgit meningkat berbanding dolar AS kepada 4.0375/0415 daripada 4.0500/0550 pada minggu lepas.

Unit tempatan diniagakan rendah berbanding mata wang utama lain.

Ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0389/0428 daripada 3.0301/0332 pada Jumaat minggu lepas dan turun berbanding pound Britain kepada 5.4474/4540 daripada 5.3537/3585.

Artikel Berkaitan:

Mata wang tempatan rendah berbanding euro kepada 4.9451/9512 daripada 4.9074/9122 dan lemah berbanding yen Jepun kepada 3.8983/8029 daripada 3.8927/8964 pada Jumaat minggu lepas. - Bernama