Cubaan bawa masuk dua ekor kucing guna maklumat palsu

Kucing jenis British Shorthair dari Ukraine yang ditahan di Kompleks Kargo KLIA pada Rabu lalu.
Kucing jenis British Shorthair dari Ukraine yang ditahan di Kompleks Kargo KLIA pada Rabu lalu.
A
A
A

SEPANG - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) mengesan cubaan membawa masuk dua ekor kucing jenis British Shorthair yang diimport dari Ukraine dengan menggunakan maklumat palsu pada Rabu.

Pengarah Maqis Selangor, Dr Tarmisal Alimin berkata, pihaknya mengesan kesalahan itu ketika pemeriksaan di Kompleks Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini.

“Semakan yang dibuat mendapati nombor mikrocip yang terdapat pada badan kucing jenis British Shorthair itu tidak sama dengan dokumen permit import yang diisytiharkan,” katanya melalui satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Beliau berkata, perbuatan mengimport haiwan dengan mengisytiharkan maklumat palsu, tidak tepat atau mengelirukan adalah suatu kesalahan mengikut Seksyen 13, Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011.

“Jika sabit kesalahan, pelaku boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya sentiasa teliti dalam melakukan pemeriksaan bagi setiap komoditi haiwan, tumbuhan serta karkas sama ada yang diimport atau dieksport bagi mengawal dan menjaga biosekuriti serta Kawalan Penyakit dan Keselamatan Makanan di dalam negara.

Artikel Berkaitan: