274,000 pekebun kecil terima bantuan musim tengkujuh

Mohd Salim (dua dari kanan) menyampaikan bantuan zakat kepada penerima di Kampung Orang Asli Panchor, Jempol pada Jumaat.
Mohd Salim (dua dari kanan) menyampaikan bantuan zakat kepada penerima di Kampung Orang Asli Panchor, Jempol pada Jumaat.
Mohd Salim (dua dari kanan) menyampaikan bantuan zakat kepada penerima di Kampung Orang Asli Panchor, Jempol pada Jumaat. Mohd Salim (dua dari kanan) menyampaikan bantuan zakat kepada penerima di Kampung Orang Asli Panchor, Jempol pada Jumaat.
A
A
A

JEMPOL - Seramai 274,00 pekebun kecil di bawah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) akan menerima Bantuan Musim Tengkujuh (BMT).

Pengerusi RISDA, Datuk Mohd Salim Mohd Sharif berkata, setakat 15 Disember ini, seramai 187 pekebun kecil sudah menerima manfaat bantuan sebanyak RM300 sebulan yang melibatkan peruntukan sebanyak RM56 juta.

“BMT ini mula diterima oleh pekebun kecil pada bulan ini dan bakinya akan dibuat secara berperingkat,” katanya pada sidang akhbar selepas hadir pada Majlis Kasihi Pekebun dan Penyampaian Zakat RISDA Negeri Sembilan 2020 di sini pada Jumaat.

Sementara itu, Mohd Salim berkata, pihaknya menyarankan penoreh getah supaya menukar hasil pendapatan getah mereka daripada getah beku kepada lateks.

Katanya, permintaan lateks ketika ini cukup tinggi untuk pembuatan sarung tangan dan barangan perubatan susulan pandemik Covid-19.

“Apabila permintaan tinggi, harga pun tinggi. Jadi kita mahu pekebun ini merebut peluang untuk kembali kepada lateks. Ia boleh meningkatkan pendapatan pekebun kecil sehingga 50 peratus iaitu daripada RM2,000 sebulan kepada RM4,000.

“Ikut harga pasaran getah beku iaitu RM2.50 dan untuk lateks RM4 ke RM5. Walaupun kerjanya remeh, tapi harganya sekali ganda,” katanya.

Artikel Berkaitan: