PKR selesa sekadar kerjasama politik

Saifuddin Nasution
Saifuddin Nasution
A
A
A

KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyatakan Pakatan Harapan (PH) tidak perlu gabungan besar yang baharu sebaliknya cukup sekadar persefahaman politik.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, parti itu selesa hanya sekadar adanya pemahaman politik.

“Supaya tidak perlu ada isu kepimpinan dan sebagainya. Cukuplah sekadar persefahaman politik,” katanya menerusi satu wawancara bersama Sinar Harian di ibu negara pada Jumaat.

Pada Khamis, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu berkata PH tidak perlu membazirkan tenaga mengejar bayang-bayang, sebaliknya memerlukan satu anjakan politik baharu untuk membangunkan pakatan pembangkang yang lebih bersatu.

Menurut mereka, PH perlu mengetepikan bebanan lampau bagi membentuk PH Plus sebagai pakatan yang mantap.

Mengulas lanjut, Saifuddin bagaimanapun berkata, Guan Eng dan Mat Sabu perlu menjelaskan cadangan itu dengan lebih lanjut berhubung bentuk gabungan yang dimaksudkan.

"Apakah ia satu gabungan berdaftar dengan struktur yang jelas atau sekadar persefahaman politik?," katanya.

Artikel Berkaitan: