Duit bayar kapalnya mana?

No Image Caption
A
A
A

RAKYAT Malaysia dah lama dengar cerita ‘duit dah bayar kapal tak ada’. Tapi apabila Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen bangkitkan isu itu, semakin jelaslah apa yang berlaku.

PAC akan panggil mereka yang terlibat untuk jawab soalan mengapa enam buah kapal peronda generasi kedua Littoral Combat Ships (LCS) tak siap lagi. Kalau ikut jadual, dua dah diserahkan.

Kapal-kapal itu dibuat oleh Boustead Naval Shipyard (BNS) Sdn Bhd.

Setakat ini, kerajaan dah bayar RM6 bilion daripada jumlah kontrak keseluruhan RM9 bilion.

Menurut Pengerusi PAC, Wong Kah Woh, hal itu telah dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2019.

Menurut beritanya, PAC akan panggil mantan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, selain mantan Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tan Sri Abdul Aziz Jaafar.Awang minta PAC buatlah kerja sebaiknya. Banyak soalan yang patut ditanya bagaimana hal ini boleh berlaku. Pelantikan syarikat BNS itu pun dibuat secara rundingan terus.

Kata Kah Woh lagi, kesannya bukan sahaja pada soal takbir urus perolehan dan kewangan tapi juga pada keselamatan negara.

Entah berapa banyak pendedahan yang dibuat oleh Ketua Audit Negara selama ini. Tapi tak nampak kemajuan.

Artikel Berkaitan:

Dalam soal LCS itu, duit yang terlibat bukan sedikit. Rakyat nak tahu apa kesudahan kes ini. Sekiranya ada bukti kesalahan elok dibongkar sampai ke akar umbi.