Raja Permaisuri Agong beri penghormatan terakhir kepada Tun Rahah

Tunku Azizah berangkat memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah Tun Rahah di kediamannya malam ini. - Foto Bernama
Tunku Azizah berangkat memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah Tun Rahah di kediamannya malam ini. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah Tun Rahah Mohamed Noah di kediamannya sini malam ini.

Baginda yang tiba di kediaman berkenaan bersama pegawai pengiring kira-kira pukul 8.40 malam meluangkan sedikit masa bersama dengan keluarga Allahyarhamah.

Turut kelihatan di kediaman itu ialah anak Allahyarhamah, Datuk Seri Najib Razak Tun Razak yang juga bekas Perdana Menteri keenam.

Tun Rahah, 87, sebelum ini dimasukkan ke Pusat Perubatan Prince Court untuk rawatan sebelum disahkan meninggal dunia petang tadi. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Tun Rahah diberi penghormatan Istiadat Pengebumian Negara

'Tak dapat digambarkan betapa sedihnya saya...'

Agong, Permaisuri zahir takziah kepada keluarga Tun Rahah

Tun Rahah meninggal dunia

Artikel Berkaitan: