Sultan Johor ucap takziah atas pemergian Tun Rahah

Allahyarham Tun Rahah
Allahyarham Tun Rahah
A
A
A

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamah Tun Rahah Mohamed Noah yang meninggal dunia pada Jumaat.

Sultan Ibrahim bertitah, baginda dan keluarga merakamkan ucapan takziah kepada Datuk Seri Najib Tun Razak serta seluruh keluarga beliau atas pemergian bondanya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Tun Rahah meninggal dunia

Agong, Permaisuri zahir takziah kepada keluarga Tun Rahah

'Tak dapat digambarkan betapa sedihnya saya...'

"Kita kehilangan seorang permata negeri Johor yang menjadi saksi penting lipatan sejarah pembangunan moden negara.

"Semoga roh Allahyarhamah dirahmati dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman," titah baginda kepada Royal Press Office (RPO) pada Jumaat.

Artikel Berkaitan: