Tun Rahah diberi penghormatan Istiadat Pengebumian Negara

Jenazah Tun Rahah dibawa keluar dari Prince Court Medical Centre ke kediamannya di Jalan Eaton. - Foto Bernama
Jenazah Tun Rahah dibawa keluar dari Prince Court Medical Centre ke kediamannya di Jalan Eaton. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Ibu kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu Allahyarhamah Tun Rahah Mohamed Noah akan diberi penghormatan menerusi Istiadat Pengebumian Negara.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan hari ini.

Muhyiddin berkata, jenazah balu kepada Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Razak Hussein itu akan dikebumikan di Lingkaran Makam Pahlawan, Masjid Negara esok.

"Saya mewakili kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia mengucapkan takziah kepada Datuk Seri Najib dan seluruh ahli keluarga di atas kepulangan ke rahmatullah Allahyarhamah Tun Rahah Mohamed Noah pada 18 Disember 2020.

"Semoga ALLAH SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah Tun Rahah dan menempatkan beliau bersama-sama golongan yang beriman," katanya menerusi kenyataan itu.

Kelihatan sebuah van jenazah yang membawa isteri kepada Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak iaitu Allahyarham Tun Rahah ke kediamannya hari ini. - Foto Bernama
Kelihatan sebuah van jenazah yang membawa isteri kepada Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak iaitu Allahyarham Tun Rahah ke kediamannya hari ini. - Foto Bernama

Allahyarhamah Tun Rahah meninggal dunia sekitar jam 4.30 petang hari ini di Pusat Perubatan Prince Court di ibu negara.

Pemergian Tun Rahah yang berusia 87 tahun itu disahkan sendiri Najib menerusi akaun Twitter rasmi beliau.

ARTIKEL BERKAITAN: Agong, Permaisuri zahir takziah kepada keluarga Tun Rahah

Artikel Berkaitan:

Tun Rahah meninggal dunia