MB Selangor ucap takziah atas pemergian Tun Rahah

Amirudin mengucapkan takziah kepada Datuk Seri Najib Tun Razak atas pemergian ibu bekas Perdana Menteri itu pada Jumaat.
Amirudin mengucapkan takziah kepada Datuk Seri Najib Tun Razak atas pemergian ibu bekas Perdana Menteri itu pada Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengucapkan takziah kepada Datuk Seri Najib Tun Razak atas pemergian ibu bekas Perdana Menteri itu pada Jumaat.

Amirudin merakam ucapan takziah menerusi hantaran di laman Facebook rasminya petang tadi.

"Takziah diucapkan kepada Datuk Seri Najib Razak sekeluarga di atas pemergian ibunda Allahyarhamah Tun Hajah Rahah Tan Sri Haji Mohamed Noah. Semoga tabah menghadapi ujian kehilangan insan tercinta.

ARTIKEL BERKAITAN: Tun Rahah meninggal dunia

"Allahyarhamah Tun Hajah Rahah merupakan seorang tokoh srikandi yang disegani."

Tambah Amirudin, Allahyarhamah merupakan isteri serta pendokong kuat kepada Perdana Menteri Kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein dalam bersama-sama membangun tanah air di waktu getir.

"Allahyarhamah juga merupakan anak kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat yang pertama iaitu Allahyarham Tan Sri Mohamed Noah Omar.

"Kecekalan dan pengorbanan Allahyarhamah menjadi teladan buat rakyat Malaysia terutamanya golongan wanita. Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan di syurga penuh nikmat, al-Fatihah," katanya.

Artikel Berkaitan: