1,683 kes baharu Covid-19 direkodkan hari ini

Dr Noor Hisham
Dr Noor Hisham
A
A
A

PUTRAJAYA - Kes positif Covid-19 di negara ini terus merekodkan peningkatan dengan 1,683 kes baharu dilaporkan pada Jumaat.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia ketika ini ialah sebanyak 90,816 kes.

"Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula ialah sebanyak 15,140 kes," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Dr Noor Hisham berkata, daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat lapan kes import yang mendapat jangkitan daripada luar negara, manakala penularan Covid-19 dalam negara pula adalah sebanyak 1,675 kes.

"Selangor kekal melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 692 kes atau 41.1 peratus," katanya.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan: