X

Kindly register in order to view this article
!

Diberkas kurang 24 jam selepas buang bayi

Laporan Sinar Harian mengenai seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat serta uri ditemukan seorang lelaki di belakang sebuah rumah di Kampung Delek Kanan, Klang kira-kira jam 12 tengah hari semalam.
A
A

SHAH ALAM - Seorang remaja perempuan diberkas kurang 24 jam selepas disyaki membuang bayinya di belakang sebuah rumah di Kampung Delek Kanan, Klang pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, remaja berusia 18 tahun itu ditahan kira-kira jam 10 malam tadi, selepas dia hadir memberikan keterangan di ibu pejabat polis daerah berkenaan.

"Suspek mengaku membuang bayi perempuannya berhampiran dengan rumah ibu tirinya.

"Semakan kami mendapati suspek tiada rekod jenayah lampau dan dia kini masih dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang," katanya dalam kenyataan hari ini.

Shamsul Amar berkata, suspek direman empat hari hingga Isnin ini mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

Pada Khamis, media melaporkan seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat serta uri ditemukan oleh seorang lelaki di belakang sebuah rumah di Kampung Delek Kanan kira-kira jam 12.08 tengah hari. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Bayi perempuan bertali pusat ditemukan di belakang rumah


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!