Giroud diramal bergelut kekalkan status penyerang utama Chelsea

Aksi Giroud (kiri), pada saingan EPL musim ini.
Aksi Giroud (kiri), pada saingan EPL musim ini.
A
A
A

BEKAS bintang Chelsea, Marcel Desailly meramalkan Olivier Giroud bakal bergelut untuk mengekalkan statusnya sebagai penyerang utama skuad The Blues itu.

Menurut Desailly, pemain berusia 34 tahun pernah menyuarakan hasrat untuk meninggalkan Stamford Bridge pada Januari lalu apabila seringkali memanaskan bangku simpanan.

Bagaimanapun menurut Desailly, Giroud kini sudah mula diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan setelah meledak empat gol pada aksi Liga Juara-Juara ketika menewaskan Sevilla pada awal Disember lalu.

“Dia bukanlah ‘pemain masa depan’ untuk Chelsea. Dia juga tidak akan boleh menjadi sebagai ‘pemain utama.’

“Dia hanya boleh menjadi pemain yang penting bagi Chelsea kerana kebijaksanaan pengendali Chelsea, Frank Lampard untuk mengkaji kekuatan lawan dan menggunakan Giroud pada perlawanan-perlawanan tertentu.

“Saya juga percaya, Lampard telah membantu Giroud untuk ‘menyinar’ dengan seringkali menurunkannya, tetapi dia sama sekali tidak akan menjadi pemain dalam kesebelasan utama pasukan kerana skuad The Blues itu sudah pun memiliki pemain seperti Tammy Abraham dan Timo Werner,” katanya.

Sementara itu pengendali skuad kebangsaan Perancis Didier Deschamps pula menyifatkan Giroud sebagai pemian yang masih memiliki ‘sentuhan berbisa’ ketika beraksi.

Malah katanya, Giroud juga seringkali diturunkan dalam kesebelasan utama skuad Les Bleus itu.

Artikel Berkaitan:

“Dia (Giroud), masih berharga buat pasukan kebangsaan Perancis dan dia juga sering diturunkan dalam kesebelasan utama.

“Giroud juga jauh lebih baik jika dibandingkan dengan (Anthony) Martial, yang dilihat tidak begitu ‘menjadi’ dengan pasukan kebangsaan Perancis,” katanya.