Harga RON95, RON97 naik 5 sen seliter

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA- Harga runcit bagi RON95 dan RON97 naik sebanyak lima sen seliter kepada masing-masing RM1.78 dan RM2.08 bermula malam ini sehingga 25 Disember depan.

Kementerian Kewangan berkata, sebelum ini harga bahan bakar itu adalah RM1.73 dan RM2.03.

"Harga runcit diesel naik sebanyak tiga sen seliter iaitu daripada RM1.93 seliter kepada RM1.96 seliter," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Kementerian itu berkata, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Artikel Berkaitan: