Bayern tak mampu beli Mbappe

Mbappe
Mbappe
A
A
A

PASUKAN gergasi Jerman, Bayern Munich menolak khabar angin akan merekrut bintang Paris Saint Germain (PSG), Kylian Mbappe pada jendela perpindahan akan datang.

Ketua Pegawai Eksekutif Bayern Munich, Karl-Heinz Rummenigge berkata, kelab itu tidak mempunyai dana yang cukup untuk membeli Mbappe yang sudah tentu akan dijual dengan harga yang tinggi.

"Saya sukakan Mbappe dengan corak permainannya yang sangat bagus tetapi kami tidak akan membawanya ke Bayern.

"Dia terlalu mahal untuk kami dan biarlah dia berada di pasukan yang mempunyai kewangan yang kukuh. Nasser (Al-Khelaifi, Presiden PSG) juga kawan baik saya dan saya tidak akan mengganggunya dengan perkara ini," katanya.

Kontrak Mbappe di PSG akan tamat pada musim panas 2022 dengan Real Madrid dan Liverpool merupakan pasukan yang berminat mendapatkan pemain kelahiran Perancis itu.

Bayern telah berbelanja besar musim lalu merekrut beberapa pemain muda berbakat seperti Leroy Sane, Lucas Hernandez dan Benjamin Pavard.

Sementara itu, Pengarah Sukan PSG, Leonardo mengesahkan kelab itu telah memulakan rundingan kontrak baharu dengan Mbappe dan hanya menunggu kata putus daripadanya.

"Kami juga sedang berunding dengan Neymar untuk memanjangkan kontraknya tetapi kami akui segala keputusan terserah di tangan pemain," katanya.

Artikel Berkaitan: