Bincang penubuhan Majlis Presiden GRS Januari depan

 Bung Moktar Radin
Bung Moktar Radin
A
A
A

KOTA KINABALU - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin akan mengemukakan cadangan berhubung penubuhan Majlis Presiden Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada mesyuarat yang akan diadakan pada Januari depan.

Beliau berkata, pihaknya bercadang mengemukakan penubuhan majlis presiden itu pada 11 Januari depan.

"Kami rancang ada mesyuarat pada 11 Januari depan dan akan bincang perkara ini (penubuhan majlis presiden)," katanya kepada pemberita berhubung perkembangan cadangan penubuhan majlis presiden dalam gabungan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: BN, GRS berjaya tubuh kerajaan baharu

Sebelum ini, beliau dilaporkan berkata, GRS perlu ada majlis presiden sendiri yang akan berperanan membincangkan isu-isu sensitif.

Katanya, majlis presiden itu akan mendatangkan manfaat memperkukuhkan GRS selain keperluan supaya ketua parti boleh membincangkan antara satu sama lain secara lebih mendalam terhadap perkara yang tidak sesuai dibincangkan dalam kumpulan besar.

Artikel Berkaitan: